Ahlan Wa Sahlan

Selamat Datang ke Sibu Islamic Media... Media Memeriahkan Lagi Da'wah Islamiyyah di Sarawak Khususnya...

Rabu, 30 Mei 2012

PENGIMARAHAN MASJID MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI BERPUSATKAN MASJID

       Pada zaman Rasulullah SAW masjid merupakan pusat kegiatan kaum muslimin. Selain tempat solat dan bermunajat kepada Allah, masjid juga dijadikan sebagai pusat perbincangan, pendidikan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, sosial dan sebagainya. Langkah yang ditunukkan oleh baginda Rasulullah SAW ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:

 إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya : Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
 
       Imam Bukhari meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah SAW masjid menjadi tempat berkumpul para sahabat untuk solat berjemaah, mendengar pengajaran dari Baginda selepas solat atau sebelumnya. Di sinilah, para Sahabat telah dididik dan tradisi inilah yang diteruskan oleh mereka.

Di negara kita Malaysia, masjid tumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan turun. Kepesatan pembangunan masjid di negara kita menjadi petunjuk kepada peningkatan nilai-nilai ketamadunan Islam dan ia lebih bermakna lagi dengan adanya kesemarakan dan kesedaran kepenggunaan masjid sepenuhnya demi menjunjung kasih dan kecintaan kepada Islam sebagai ad-din yang membawa kebahagiaan hiup di dunia dan akhirat.

 Di negeri sarawak, sebanyak 290 buah masjid dan 820 buah surau  telah dibina di bandar-bandar, di Daerah-daerah dan di kampung-kampung. Kerajaan telah berbelanja untuk pembangunan lebih 1000 buah masjid dan surau  bertujuan untuk pembangunan rohani masyarakat Islam. Namun, pada pemerhatian saya mendapati, sesetengah masjid dan surau tidak melaksanakan peranan seperti mana tujuan pembinaannya.
Masjid Babussalam, Kampung Jariah, Sibu

Menyedari hakikat ini, Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengambil pendekatan melaksanakan program Transformasi berpusatkan Masjid di seluruh negeri Sarawak. Program pelancaran telah dilakukan di Masjid Beladin. Sebanyak 11 buah masjid dipilih di seluruh negeri Sarawak sebagai program perintis. Di Bahagian Sibu, Masjid Babussalam Kampung Jeriah telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program.  
Program ini diadakan bertujuan untuk mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan kepada masyarakat Islam. Sebanyak 12 program diadakan sepanjang tahun iaitu :

1)    Program Gotong-Royong 5S iaitu membersih dan menceriakan     masjid. 
2)    Rakan Pegawai Penguatkuasa Agama
3)    Cinta Al-Quran
4)    Program Juh Berambeh Di Masjid
5)    Program “Kaunseling Keluarga”
6)    Explore Masjid
7)    Lan Riadah
8)    Penubuhan Koperasi Masjid
9)    Seminar Perundangan Syariah
10)    Program Kidmat Nasihat
11)    Kelas Agama Dewasa, dan
12)    Kelab Remaja Masjid



Program ini telah bermula pada hari iaitu sabtu 19 Mei 2012 iaitu dimulakan dengan Gotong Royong 5S. Program ini adalah bertujuan untuk membersih, mernceriakan dan memperindahkan lagi Masjid kita sebagai daya tarikan kepada masyarakat Kampung Jariah, Sibu.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Barangsiapa yang mengeluarkan kekotoran dari masjid, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga”. Apa yang dapat kita fahami pada konteks hadis ini bahwa betapa pentingnya bagi diri kita untuk menjaga kebersihan masjid kerana kita akan mendapat ganjaran yang sangat besar daripada Allah SWT.
Masjid Babussalam, Kampung Jariah, Sibu

Sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a, bahwa ada seorang wanita yang berkulit hitam yang kebiasaannya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah saw merasa kehilangannya, terus baginda bertanyakan tentang wanita itu. Mereka telah berkata,”Dia telah wafat”. Rasulullah saw bersabda,”Mengapa kamu tidak memberitahukan akan hal itu kepada saya?”. Abu Hurairah pun berkata,”Seolah-olah mereka menganggap bahwa kematian Ummu Mahjan itu adalah perkara yang remeh”. Rasulullah saw bersabda lagi.”Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!”. Maka mereka pun menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah saw, kemudian beginda mensholatinya, lalu baginda bersabda : Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah telah menerangi bagi mereka kerana saya telah mensholatinya”.

Perlu kita ketahui bahwa kebersihan (an-nazhafah) merupakan sesuatu yang dicinta oleh Allah SWT. Maka dari itu ungkapan “Kebersihan Sebahagian Dari Iman” adalah ungkapan yang baik atau islami kerana ada dasarnya dalam Islam.

Dengan peranan masjid itu sendiri, ianya akan banyak memberi manfaat besar dan kesan yang amat positif terhadap usaha mengimarahkan masjid dengan kegiatan-kegiatan yang telah di sebutkan tadi. Ini juga bertujuan untuk melahirkan umat Islam yang cintakan masjid, sayangkan agama dan sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubat ayat 108 :

لَا تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَنْ تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ
Maksudnya : Kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya, dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka.

        Marilah sama-sama kita meluangkan sedikit masa untuk mendekati diri dengan masjid serta menghadiri program-program  yang telah disediakan ini demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW mengasuh umatnya mendekati dan cintakan masjid, kerana  mereka yang hatinya sentiasa terpaut dan cintakan masjid dapat menyelamatkan diri di hari akhirat kelak. Nabi SAW dalam salah satu sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa di antara orang yang mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang hatinya terikat dengan masjid. Sabda Rasulullah SAW : “Dan seorang lelaki yang mana hatinya terpaut dengan masjid.”(Riwayat al-Bukhari).



Sempena Program Transformasi Berpusatkan Masjid Tahun 2012 ini, yang mana ianya merupakan program di bawah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), dalam kesempatan yang ada ini, saya ingin mengajak semua masyarakat Islam di Sibu, khususnya penduduk Kampung Jariah dan sekitarnya agar dapat bersatu dan bersama-sama kita memperkasakan dan menjenamakan semula program takmir ini agar ianya selari dengan peredaran zaman dan lebih segar serta  dapat menarik minat umat Islam khususnya para generasi muda untuk mengikutinya. Bagi masjid-masjid yang mampu, semarakkanlah lagi program-program pengimarahan masjid dalam pelbagai bentuk dan aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Gunakanlah sebahagian daripada sumbangan awam yang diperolehi melalui tabung masjid bagi tujuan yang murni ini supaya amal jariahnya dapat diperluaskan.
    
     Oleh kerana itu, marilah sama-sama kita melakukan usaha yang bersepadu bagi mempromosi dan menyemarakkan kembali program ini agar mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat. Bagi anda yang mempunyai kebolehan dan kepakaran tertentu adalah dipohon bersama masjid menyumbangkan tenaga untuk kebaikan  anak kariah dan masyarakat setempat. Ingatlah bahawa masjid adalah paksi kehidupan masyarakat Islam. Mengakhiri tulisan blog ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam  surah an-Nur ayat 36 : (Nur hidayah bersinar) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”

Masjid Besar Sibu, Masjid An-Nur

SERBA SERBI FACEBOOK : DARI SUDUT PERSPEKTIF ISLAM TENTANG STATUS ( SIRI 1 )

     
      Dalam perkembangan dunia telekomunikasi, Para pendakwah haruslah meningkatkan lagi cara-cara berdakwah sesuai dengan peredaran zaman. Yang pastinya dakwah dijadikan sebagai keutamaan. Seiring dengan perkembangan dunia FACEBOOK, maka ciri-ciri yang ada di halaman ini juga boleh digunakan untuk kepentingan dakwah. Beberapa ciri-ciri yang ada di Facebook boleh digunakan sebagai medan dakwah adalah :
 
Status Untuk Syi'ar Dakwah
      Status adalah adalah satu yang paling sering dimanfaatkan oleh pengguna Facebook. Boleh dikatakan, setiap orang yang online, tidak lupa meng-update status. Status adalah tempat kita menuliskan fikiran atau perasaan yang sedang kita alami.
     Namun, walau menulis status adalah hak kita, tetap ada cara yang baik dalam membuat status agar berguna untuk kita dan teman-teman kita. Di dalam blog ini, saya akan berkongsikan tips-tips untuk membuat status yang baik.
 
PERTAMA : Jangan Mengeluh
    Memang kita boleh menumpahkan apa pun yang kita rasakan. Namun, kalau emosional, perkara itu jadi kurang menarik. Status yang isinya tentang rasa kesal atau marah biasanya ditulis oleh mereka yang mengalami itu. Memang ada yang mengatakan bahawa kalau perasaan yang kita alami ditumpahkan, akan ringanlah beban kita. Itu ada betulnya, NAMUN! tidak betul seratus peratus kerana esok lusa mereka yang suka mengeluh, kalau tidak berubah akan tetap begitu.
 
KEDUA : Jangan Mencela
     Mencela orang boleh memberi kesan yang buruk kepada si pencela. Secara peribadi, sesungguhnya dia telah menderita penyakit hati yang hanya boleh dirawat oleh dirinya sendiri. Orang yang suka mencela cenderung untuk tidak disukai, bahkan dalam keadaan tertentu ia akan dijauhi teman-temannya.
   Mencela atau menghina sesungguhnya dilarang dalam Islam. Allah swt melarang kita untuk menghina orang lain, walaupun ianya sesuatu yang benar. Perlu diingat, mungkin sahaja orang yang kita hina lebih baik dari kita.
         Firman Allah swt di dalam Surah Al-hujurat ayat 11 ;
"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.  Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
 
KETIGA : Tidak Membosankan
     Seperti juga hidup, kalau begitu-begitu sahaja, kita akan bosan. Kalau setiap hari kosa kata kita hanya itu sahaja, lama-lama orang juga bosan. Seorang penulis, kalau hanya mempunyai sedikit pebendaharaan kata, amatlah membosankan. Begitu juga dengan segenap kehidupan kita. Kita semua perlukan variasi dalam hubungan sosial, termasuk dalam perkara isi status kita.
 
KEEMPAT : Membuat Kalimat-Kalimat / Ayat-Ayat Yang Menarik
     Kita boleh menulis ayat-ayat Al-Quran, Hadith, atau kata-kata dari para ulama, tokoh masyarakat, atau ahli hikmah yang menarik untuk disemak. Kata-kata yang variatif itu akan memberikan inspirasi bagi orang lain. Boleh juga kita menyebarkan berita hangat, atau mengambik dari Ensiklopedia Wikipedia yang di dalamnya banyak maklumat menarik. Semakin menarik status kita, semakin bertambah teman kita, kerana ada sahaja dari teman kita yang mengajak temannya yang lain untuk kawan (add) dengan kita.
 
 
 
 
KELIMA : Beri Penyelesaian
     Kalau status dimaknai sebagai pernyataan panjang kita yang dipersingkat, maka itulah kata-kata pemungkas kita. Kata-kata ini sebaiknya mengandungi penyelesaian. Jika penyelesaian itu tidak ada di status, kita boleh mencari peyelesaian dalam komen-komen dari teman kita. Ada juga pengguna Facebook yang suka membuat status pertanyaan untuk meminta pandangan. Dalam perbincangan-perbincangan itu, kita usahakan untuk mencari penyelesaian bersama.
Janganlah kita sampai ketagihan ber-Facebook, sehingga melupakan tanggungjawab masing-masing.

Selasa, 29 Mei 2012

KISAH YANG MESTI DIBACA!!


Diriwayatkan, seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di Kota Mekah. Apabila tiga hari untk wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang lelaki yang diketahui olehnya seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki itu tidak tahu menahu tentangnya.

Orang kaya terbut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta pandangannya tentang hartanya yang diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,”Pergilah kamu ke telaga zamzam malam ini dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni syurga, dia akan menyahutnya.”

Malam tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah tersebut.

Ulama itu berkata lagi kepadanya,”Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi Barhut yang dikatakan sebagai mulut neraka jahanam.” Tanpa melengahkan masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Orang kaya tersebut lantas bertanyakan, ke mana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh lelaki amanah itu,”Pergilah di satu tempat di rumahku. Aku tidak percaya kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai dinarmu.”

Sebelum meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lagi,”Kenapa kamu ditempatkan di sini, sedangkan kamu adalah orang yang baik.” Lalu dijawab, “Aku mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadaannya. Kerana itu Allah menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahanam.”

MORAL CERITA INI : Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Rasulullah saw bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.”

BOLEH MENGHALAU TAPI JANGAN MENCEDERAKAN

    JIKA dilihat fenomena yang berlaku, seolahnya ia telah menjadi satu kepercayaan dalam pemikiran masyarakat bahawa garam mampu menghalau jin. Ia bukan sahaja bersarang dalam minda masyarakat Islam tetapi juga masyarakat Barat.
         Lihat sahaja dalam naskah-naskah seram di layar kaca terbitan Barat, seperti supernatural, mereka bukan sahaja menggunakan air suci, bahkan turut menjadikan garam sebagai alat menghalau jin dan syaitan. Di mana logik akalnya perbuatan tersebut?
    Dalam dunia perubatan Islam, garam biasanya digunakan untuk memagar rumah, menghalau dan mencederakan jin. Ini kerana, golongan jin begitu sensitif dan takut kepada belerang. Signifikannya, garam mengandungi bahan yang mampu mendatangkan ketakutan dan kecederaan maksimum kepada golongan jin.
     Tambah lagi, banyak kes mangsa yang di ganggu jin di premis perniagaan dan kawasan perumahan. Rawatan yang diberikan adalah dengan memagar kawasan premis atau rumah menggunakan garam, lada hitam dan cuka. Kesemua bahan tersebut dicampurkan dalam sebuah bekas, kemudian perawat / mu'alij akan mendirikan solat hajat, dan bahan-bahan tersebut akan dibacakan dengan doa-doa terpilih dari Al-Quran.
       Sesudah itu garam tersebut akan diletakkan di sudut penjuru rumah atau ditabur di sekeliling rumah. Bagi mencederakan jin pula, garam tersebut akan ditabur seakan merejam di kawasan-kawasan yang dirasakan wujudnya kehadiran jin. Garam yang digunakan perlulah garam yang kasar supaya impak dari rejaman itu berhasil mencederakan jin.
      Terdapat satu kisah yang pernah teradi di zaman khalifah Al-Mutawakkil, seorang hamba perempuan dirasuki oleh jin. Kemudian datang seorang lelaki menemui Imam Ahmad meminta supaya beliau merawat wanita tersebut. Imam Ahmad hanya memberikan terompahnya dan menyuruh lelaki tersebut memukul kepala perempuan yang dirasuk jin sebanyak tujuh kali jika jin itu enggan keluar.
       Disebabkan ketaatan Imam Ahmad kepada Allah swt, maka jin tersebut keluar dari tubuh hamba perempuan itu. Beberapa ketika kemudian selepas Imam Ahmad meninggal dunia, jin yang sama kembali merasuk tubuh hamba perempuan tersebut. Mengetahui akan kejadian ini, maka khalifah Al-Mutawakkil sekali lagi menyuruh seorang lelaki menemui sahabat baik Imam Ahmad dan minta terompahnya untuk dilakukan cara yang sama. Tetapi malangnya jin tersebut tidak mahu keluar dan berkata, "Aku tidak akan taat kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Ada pun Imam Ahmad Ibnu Hambal dahulu adalah seorang yang taat kepada Allah swt dan aku diperintahkan agar taat kepadanya". Itu kisah terompah Imam Ahmad tapi jin itu bukan takutkan terompah itu, sebaliknya ketaatan Imam Ahmad kepada Allah.
       Bagaimana pula ceritanya dengan garam sebagai salah satu kaedah menghalau makhluk halus?. Jadi, adakah garam boleh digunakan untuk menghalang dari gangguan makhluk halus?
       Menurut bekas mufti kerajaan Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bazz pernah menyatakan, penggunaan bahan dalam rawatan Islam adalah harus selagi ia tidak diharamkan oleh syarak. Ia sama juga dengan mengambil panadol apabila pening kepala atau demam. Di dalam kandungan panadol terdapat bahan yang boleh memudaratkan tubuh jika diambil secara berlebihan. Namun begitu ia tidak dihukumkan haram selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat atau jelas ada dalil yang menunjukkan haram.
      Syeikh Abu Al-Barra turut memetik jawapan dari Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jebreen yang mengatakan, penggunaan garam dalam menghalau makhluk halus adalah harus. Ia berdasarkan kisah pengalaman Abu Nadhir Hasyim Ibnu Qasim yang mengamalkan perbuatan tersebut berdasarkan kitab Al-Wabas Sayyib min Al-Kalimat Tayyib oleh Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.
       Dalam merawat apa jua peyakit, yang penting sekali, perlu ditanam dalam hati setiap pesakit, i'tiqad keyakinan bahwa hanya Allah swt sahaja yang mampu menyembuhkan. Ubatan atau bahan-bahan rawatan hanyalah sebagai alat penghubung bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa pun. Pesakit juga hendaklah sabar, berdoa dan terus bertawakal kepada Allah swt seperti Nabi Allah Ayub yang terus tabah menghadapinya segala penyakit yang dideritainya. Hanya kesabaran yang mampu membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.
      Dalam konteks ini, bahan yang digunakan mestilah bahan yang halal, harus dan tidak bercanggah dari segi syarak dan orang yang mengubat mestilah seorang Muslim yang beriman kepada Allah swt, dengan melaksanakan setiap suruhannya. Manakala kaedah rawatan pula, mestilah bersandarkan kepada bacaan ruqyah iaitu ayat Al-Quran, Al-Hadis, doa-doa dan amalan ulama. Bagi bacaan doa-doa dan amalan ulama, dua kriteria perlu dipastikan supaya ia bertepatan dengan inti pati Islam, iaitu tiadanya unsur syirik seperti menyeru kepada jin atau meminta pertolongan dengan makhluk halus. Yang kedua, bacaan tersebut hendaklah difahami dengan jelas bagi orang yang membacanya. Sekiranya bacaan Al-Quran yang dicampuradukkan dengan mantera, maka ia bercanggah sama sekali dengan syarak.
       Berdasarkan buku rawatan penyakit jasmani, seorang pengamal dan pengkaji perubatan Islam di Arab Saudi iaitu Syeikh Abu Al-Barra' Usamah bin Yassinal Ma'ani pernah ditanya tentang penggunaan garam yang direnjis pada sudut, atau tiang rumah yang mengalami gangguan makhluk halus, sama ada ia dibenarkan atau tidak. Jawabnya, ia harus dengan beberapa syarat iaitu :
  1. Hendaklah memaklumkan kepada makhluk yang mengganggu bahawa tindakan ini tidak bermaksud menceroboh atau menyakiti secara sengaja.
  2. Hendaklah dimaklumkan kepada tuan rumah bahawa adalah semata-mata ikhtiar berdasarkan pengalaman pengamal perubatan yang berpengalaman.
Wallahu'alam....


MENULIS HINGGA LUPA DOSA DAN PAHALA

KUALA LUMPUR : Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar para penulis maya, khususnya para blogger supaya memikirkan tentang dosa dan pahala apabila menulis mengenai pandangan mereka di blog masing-masing.
         Menurut beliau, matlamat tidak menghalalkan cara di dalam memenangi hati para pembaca untuk menerima pendapat. Segala hujah mestilah berpandukan kepada sumber ilmiah serta berfakta bagi mengelak dari sebarang unsur fitnah atau tohmahan. 
       Dia turut mengajak para penulis alam siber agar berkerjasama dengan golongan 'Ulama di dalam menyatukan ummah menerusi ruang lingkup maya dengan penyebaran maklumat yang telus dan lebih positif.

(Sumber di ambil dari Majalah Al-Islam, April 2012, Muka Surat 9)

Isnin, 28 Mei 2012

TAHAP PENDIDIKAN ANAK VERSI ISLAM

           Betapa banyak tahapan pendidikan anak yang dikemukan oleh pakar-pakar pendidikan barat. Berbagai teori dirumuskan berkat percubaan dan penelitian yang mereka lakukan. Berbagai teknik ilmiah dilakukan untuk menemukan tahapan yang terbaik bagi anak. 
          Namun begitu, dalam Islam sebenarnya telah ada tahapan pendidikan anak. Hanya saja kelemahan pakar islam masih lemah dalam penelitian dan pengembangannya. Berikut ini adalah tahapan pendidikan anak versi Nabi Muhammad yang telah beliau jelaskan ratusan tahun yang lalu. Sebuah tahapan yang Islami sesuai dengan petunjuk-Nya.
             Nabi Muhammad SAW yang mengatakan bahwa ”Biarlah anak-anak kalian bermain dalam 7 tahun pertama, kemudian didik dan bimbinglah mereka dalam 7 tahun kedua, sedangkan 7 tahun ketiga jadikanlah mereka senantiasa bersama kalian dalam musyawarah dan menjalankan tugas.”


Tujuh Tahun pertama (usia 0 – 7 tahun)
            Pada tahap pertama ini pendidikan anak dilakukan dengan cara bermain. Metode bermain menjadi pilihan paling tepat untuk mengembangkan pribadi anak. Para pakar telah menemukan bahwa pada usia ini perkembangan otak kanan sedang berada pada puncaknya. Otak kanan yang merupakan otak kreativiti, imajinasi, irama, berfikir menyeluruh. Semua pola pikir otak kanan merupakan pola pikir yang didasarkan pada kegembiraan dan permainan. Maka, sungguh suatu kesalahan besar jika anak usia 0 – 7 tahun diajar dengan metode sebagaimana kakak-kakaknya. Suatu kezaliman jika guru dan orangtua memberlakukan pendidikan yang keliru kepada anak-anaknya.
            Pada tahap ini anak tidak boleh diberikan hukuman. Jikalau ada kesalahan harus dibenarkan dengan cara halus dan bijaksana. Pola pikir yang masih banyak mencuba, banyak meniru merupakan sifat utama anak usia ini. Oleh karenanya tidak sepantasnya anak mendapatkan hukuman (apalagi hukuman fizikal) hanya karena ingintahuan.
           Pada tahap ini anak diberikan kebebasan yang mutlak atas kesukaan dan kegemarannya. Anak diberi ruang kebebasan untuk menggali dan menyuburkan semua potensi dalam dirinya. Pengekangan dan pembatasan hanya akan memberikan efek negatif terhadap tumbuh kembangnya.
           Sistem pendidikan yang salah pada usia ini telah mengubur (membunuh) potensi kreatifitas dna imajinasinya sebesar 90%. Sungguh, sangat disayangkan anak yang memiliki potensi hebat, namun terhambat karena kesalahan teknik pengajaran orang-orang yang mencintainya.


Tahap Tujuh Ketiga (usia 15 – 21 tahun)
             Pada tahap ini anak mulai diberikan tugas dan tanggung jawab lebih besar. Anak diberikan berbagai penugasan yang akan melatihnya menjadi anak yang mandiri. Anak mulai harus diberikan berbagai diskusi dan kerja sama dalam mengerjakan berbagai kerja yang sesuai dengan usianya.
           Anak sudah harus belajar mencari uang untuk latihan menuju kedewasaan. Program kursus dan workshop menjadi pilihan tepat untuk usia ini. Wallahu'alam.

KEM SMART SOLAT

SIBU, Isnin (28 Mei 20012) - Guru-guru Kelas Al-Quran & Fardhu 'Ain Sekolah Kebangsaan Kampung Bahagia Jaya telah mengadakan sebuah pertandingan "Kem Smart Solat" untuk pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6. Program ini adalah salah satu program peringkat sekolah yang berlandaskan kefahaman tentang pembelajaran PAFA. Program ini dinamakan pertandingan “Smart” solat. Program ini bertujuan adalah untuk membentuk pelajar yang bijak dan tahu cara-cara melaksanakan solat dengan baik dan benar.

Adapun juga, tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memilih calon Imam Muda dan Ustazah Cilik yang akan diadakan pada 14 September 2012, iaitu pada bulan puasa ini. Seramai 100 orang pelajar yang telah menghadiri program ini. Dan yang terpilih untuk mengikuti pertandingan Smart Solat ini adalah seramai 24 orang sahaja (lelaki dan perempuan).

Program Imam muda dan Ustazah cilik merupakan pertandingan tahunan yang dirangka untuk dijadikan salah satu aktiviti tahunan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun bermula Mac 2012 dan berakhir pada bulan ramadhan nanti. Dalam pada itu juga aktiviti – aktiviti yang telah disediakan keseluruhannya adalah berpaksikan kepada penekanan dalam perkara-perkara keagamaan seperti Tadarus Al-Quran, zikir-zikir, doa-doa harian ,tazkirah, bercerita, hafalan surah-surah lazim dan sebagainya. Program ini akan diteruskan dari semasa –kesemasa bagi memberi kesan yang memberangsangkan dalam diri para pelajar.

          Adapun rasional program Imam Muda & Ustazah Cilik di jalankan ialah untuk memberikan dorongan dan kesedaran para pelajar agar mereka dapat melakukan tanggungjawab sebagai pelajar Islam secara berkesan dan juga untuk memberi pedoman dan bimbingan yang berkesan perlu diberikan kepada setiap pelajar agar mereka boleh menjadi pelajar muslim yang mampu mencapai kecemerlangan didunia dan juga akhirat kelak. 

Antara objektif dan matlamat program tersebut adalah untuk melahirkan para pelajar yang memiliki akhlak yang terpuji berlandaskan lunas-lunas syarak, membentuk peribadi pelajar yang mampu menghadapi apa jua situasi dalam cara menyelesaikan permasalahan dengan cara yang terbaik dan juga untuk melahirkan pelajar yang mampu berfikiran secara proaktif sebelum melakukan apa jua perkara kebajikan.

Guru–guru KAFA Sk Kampung Bahagia Jaya terlibat secara langsung dalam program seumpama ini dan memastikan peserta mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang program dijalankan. Adalah menjadi harapan guru-guru KAFA SK Kampung Bahagia Jaya secara umumnya untuk melahirkan generasi pelajar yang memiliki ketahanan dari segi mental dan fizikal terutama dalam meladani peranan mereka selaku pelajar yang Beragama Islam yang seharusnya memiliki kekuatan dari segi intelektual dan sahsiah yang mantap supaya melahirkan pemimpin yang dapat mengenali ilmu dan imuniti diri dalam mendepani cabaran global masa kini.