Ahlan Wa Sahlan

Selamat Datang ke Sibu Islamic Media... Media Memeriahkan Lagi Da'wah Islamiyyah di Sarawak Khususnya...

Isnin, 18 Jun 2012

SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH SAW DARI SUDUT KESEHATAN

Al-Quran telah mengajar kita menjaga kesihatan dengan melakukan amalan-amalan seperti berikut ;

1). Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang yang mengamalkan mandi pagi, kebanyakkan mereka badan tidak gemuk.

2). Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya-Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3). Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4). Dalam hadis Rasulullah saw ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana badan ayam mengandungi lon+, manakala dalam ikan mengandungi lon-. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5). Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemui bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
 
Sabda Rasulullah saw : "Ilmu itu milik tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya-Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya".

Wallahu'alam...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan