Diriwayatkan,
seorang lelaki kaya pergi menunaikan haji di Kota Mekah. Apabila tiga hari untk
wukuf, dia telah mengamanahkan duitnya sebanyak 1,000 dinar kepada seorang
lelaki yang diketahui olehnya seorang yang jujur dan berakhlak mulia. Selesai
menyempurnakan rukun-rukun hajinya, lelaki berkenaan pergi ke rumah lelaki
berkenaan untuk menuntut kembali wangnya. Malangnya, dia diberitahu oleh
keluarga lelaki tersebut, bahawa dia telah meninggal dunia. Orang kaya
berkenaan lalu bertanya tentang harta yang diamanahkan olehnya kepada lelaki
itu tidak tahu menahu tentangnya.
Orang
kaya terbut lalu berjumpa dengan seorang ulama di Mekah dan meminta
pandangannya tentang hartanya yang diperoleh kerana lelaki yang diamanahkan
tersebut telah meninggal dunia. Lalu jawab ulama itu,”Pergilah kamu ke
telaga zamzam malam ini dan panggillah namanya. Jika dia seorang penghuni
syurga, dia akan menyahutnya.”
Malam
tiba dan orang kaya tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapannya. Dia
memanggil-manggil nama lelaki tersebut namun tidak ada jawapan. Keesokan
harinya, orang kaya itu bertemu kembali ulama berkenaan lalu diceritakan kisah
tersebut.
Ulama
itu berkata lagi kepadanya,”Pergilah kamu ke Yemen dan carilah perigi
Barhut yang dikatakan sebagai mulut neraka jahanam.” Tanpa melengahkan
masa, orang tersebut pergi ke tempat yang diarahkan. Lalu dia memanggil-manggil
nama lelaki yang diamanahkannya. Tiba-tiba ada suara yang menyahut. Orang kaya
tersebut lantas bertanyakan, ke mana hartanya disimpan. Lalu dijawab oleh
lelaki amanah itu,”Pergilah di satu tempat di rumahku. Aku tidak percaya
kepada sesiapa pun, sekalipun anakku. Galilah di situ dan kamu akan menjumpai
dinarmu.”
Sebelum
meninggalkan suara berkenaan, lelaki kaya itu bertanya lagi,”Kenapa kamu
ditempatkan di sini, sedangkan kamu adalah orang yang baik.” Lalu dijawab, “Aku
mempunyai saudara perempuan yang miskin tetapi aku tidak pernah mengendahkannya
apatah lagi untuk mengambil tahu tentang keadaannya. Kerana itu Allah
menyeksaku dan menempatkan aku di neraka jahanam.”
MORAL CERITA INI : Jangan sekali-kali memutuskan silaturahim
sesama manusia apatah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Rasulullah saw
bersabda, “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan